Tun Dr. Mahathir ucap selamat berpuasa kepada umat Islam - Utusan Malaysia

Tun Dr. Mahathir ucap selamat berpuasa kepada umat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan menyambut bulan Ramadan yang bermula hari ini kepada seluruh umat Islam.

“Selamat menunaikan ibadah puasa dari saya dan isteri kepada semua umat Islam. Semoga Ramadan kali ini memberi keberkatan dan rahmat buat kita semua,” katanya dalam catatan terbaru di laman Twitternya hari ini.

Selasa lepas, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Khamis, 17 Mei 2018, bagi menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×