SEREMBAN 10 Mei – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan berangkat merasmikan Pusat Konvensyen Casa Lagenda, di Senawang dekat sini. Baginda diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta anakanda baginda, Tunku Zain Al-‘Abidin. Yang turut hadir Tunku Deborah Tuanku Munawir dan Pengarah HJS Resources Sdn. Bhd., Juliana Chang Abdullah. Pusat konvensyen itu yang didirikan di kawasan seluas 1.01 hektar menawarkan…









