TPM sekeluarga ke Kelantan atas jemputan rasmi -Nurul Izzah - Utusan Malaysia

TPM sekeluarga ke Kelantan atas jemputan rasmi -Nurul Izzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjelaskan ibunya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sekeluarga ke Kelantan menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong atas satu jemputan rasmi.

Katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, beliau sekeluarga sama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan menggunakan pesawat milik kerajaan untuk bercuti dan keperluan peribadi.

“Jemputan rasmi yang juga menjemput Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sekeluarga.

“Sikap pimpinan lama tidak akan berulang, menggunakan jet untuk bercuti dan keperluan peribadi. Terima kasih atas ingatan, kita sudah tentu tidak boleh kompromi,” katanya menerusi laman Twitter di sini hari ini.

Nurul Izzah berkata demikian bagi membalas kritikan netizen menerusi Twitter yang menggunakan nama Duke of KL mempertikaikan Timbalan Perdana Menteri sekeluarga menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong dengan menggunakan pesawat milik kerajaan.

Netizen itu turut memohon penjelasan sama ada urusan pertemuan itu adalah pertemuan rasmi atau sebaliknya.

Malah, Duke of KL mencadangkan supaya sikap bekas Perdana Menteri tidak berulang kembali dalam pentadbiran baharu kerajaan.

Duke of KL turut memuat naik gambar-gambar kemesraan Timbalan Perdana Menteri sekeluarga dalam pesawat dan sewaktu ketibaan mereka di lapangan terbang di Kelantan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN