Titian Cinta bolot empat trofi DFKL 2018 - Utusan Malaysia

Titian Cinta bolot empat trofi DFKL 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 14 Mei – Drama rantaian Titian Cinta yang dilakonkan pasangan Zul Ariffin dan Farah Nabilah berjaya mendominasi empat buah trofi sewaktu berlangsungnya majlis anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018) malam tadi.

Selain memenangi kategori Pengarah Pilihan menerusi kemenangan Heykal Hanifah, heronya, Zul Ariffin juga dipilih selaku Aktor Pilihan, di samping dua lagi kategori iaitu Skrip Pilihan dan Lagu Tema Pilihan yang berjudul Sumpah Cintaku nyanyian Asfan Shah.

Dalam pada itu, drama Dekatkan Jarak Kita terbitan JS Pictures menyaksikan gandingan hero heroinnya, Syafiq Kyle dan Ayda Jebat dinobatkan sebagai Pasangan Pilihan, selain diangkat sebagai Drama Pilihan.

Bagi kategori Aktres Pilihan, Janna Nick yang membintangi Biar Aku Jadi Penunggu berjaya mengekalkan kemenangan untuk dua tahun berturut-turut.

Berikut adalah senarai pemenang DFKL 2018:

Drama Radio Pilihan: Zul Huzaimy (Bukan Cinta Biasa) 
Drama Pilihan Tonton VIP: Zahir Tak Terucap (Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.)
Lagu Tema Pilihan: Asfan Shah – Sumpah Cintaku (Titian Cinta)
Drama Pendek Pilihan: Manikam Dalam Lipatan (Siti Saleha Musiran)
Skrip Pilihan: Farhana Fauri (Titian Cinta)
Pengarah Pilihan: Heykal Hanifah (Titian Cinta)
Selfie Paling Drama: Ain Edruce
Antagonis Pilihan: Shukri Yahaya (Andainya Takdir)
Pasangan Pilihan: Ayda Jebat dan Syafiq Kyle (Dekatkan Jarak Kita)
Aktor Pilihan: Zul Ariffin (Titian Cinta)
Aktres Pilihan: Janna Nick (Biar Aku Jadi Penunggu) 
Drama Pilihan: Dekatkan Jarak Kita (JS Pictures Sdn. Bhd.) – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×