PULAU PINANG 20 Mei – Seorang lagi lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Jalan Penang di sini pagi semalam yang mengakibatkan seorang pelancong Britain parah ditikam. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, lelaki berkenaan ditahan di sekitar negeri ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Menurutnya, sejurus selepas kejadian kira-kira pukul 4 pagi semalam, polis menahan seorang lelaki berusia 38 tahun serta merampas sebilah pisau pemotong kertas yang dipercayai digunakan untuk menikam leher mangsa. “Polis juga telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya