Tikam 5 jiran tak dengar kata - Utusan Malaysia

Tikam 5 jiran tak dengar kata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Seorang lelaki bertindak di luar dugaan apabila menikam lima jirannya selepas kesemua mang­sa enggan mendengar nasihatnya supaya tidak membuat bising pada waktu malam dalam kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil di sini semalam.

Kejadian pada pukul 2.30 pagi itu berlaku apabila suspek yang berusia dalam lingkungan 35 tahun gagal mengawal emosi selepas kata-katanya tidak diendahkan sekumpulan lelaki yang juga jirannya.

Difahamkan, suspek telah mengadu kepada isterinya me­ngenai jiran sebelah rumah mereka yang selalu membuat bising sejak lima tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suspek merasa tercabar dengan kelakuan dan sikap jiran sebelah yang membuat bising dengan menghidupkan motosikal pada waktu malam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini