IPOH 9 Mei – Tiga buah pusat mengundi masing-masing di Bagan Serai, Larut dan Bukit Gantang mengalami masalah gangguan bekalan elektrik ekoran hujan lebat dan petir kira-kira pukul 2 petang tadi. Pengarah Pilihan Raya Perak, Mohd. Nazri Ismail berkata, masalah itu bagaimanapun tidak menjejaskan proses pengundian di tiga lokasi itu dan telah diatasi segera oleh Tenaga Nasional Bhd. (TNB). “TNB bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat dan mendapati…