KUALA LUMPUR 9 Mei – Seruan kepemimpinan gabungan pembangkang PKR agar penyokong mereka berkumpul di Dataran Petaling Jaya dekat sini mulai pukul 6 petang tadi tidak mendapat sambutan menggalakkan. Setakat pukul 8 malam ini, hanya sedikit sahaja penyokong mereka yang datang untuk menyaksikan pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) secara langsung. Malah, jumlah pengamal media tempatan dan antarabangsa dilihat lebih ramai berbanding penyokong gabungan pembangkang PKR di lokasi berkenaan.…