BUKIT MERTAJAM 31 Mei – PKR berpendapat cadangan untuk mengkaji semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menjadi isu hangat ketika ini tidak akan sampai ke tahap yang menyebabkan badan itu dimansuhkan kerajaan. Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, ini kerana Jakim mempunyai peranan cukup luas terutamanya menterjemahkan cara hidup Islam kepada masyarakat dan dunia luar dan bukan terhad kepada bidang tertentu sahaja. Katanya, pihak yang membangkitkan isu kononnya…