KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) menjelaskan bahawa ia tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap penggunaan Saham Keutamaan Boleh Tukar Boleh Tebus Terkumpul (RCCPS) RM3 bilion sebaik sahaja ia ditebus. Dana pelaburan strategik kerajaan Malaysia itu dalam satu kenyataan menyebut, menerusi penebusan RCCPS, Khazanah secara sekali gus telah membayar semula modal pemegang saham kepada Kementerian Kewangan (MOF). Merujuk kepada artikel berjudul Kerajaan Malaysia terdahulu menggunakan wang daripada Khazanah untuk membayar…










