Tiada kompromi peniaga ingkar - Utusan Malaysia

Tiada kompromi peniaga ingkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU 19 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sibu tidak akan berkrompomi terhadap peniaga yang tidak mematuhi arahan meletakkan tanda harga ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini.

Ketua KPDNKK Cawangan Sibu,  Roslee Maslie berkata, peniaga yang didapati gagal mematuhi arahan akan berhadapan dengan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga (Pindaan Kawalan Harga dan Penandaan Harga Peniaga Runcit 1993).

“Jika didapati bersalah mereka boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau dikompaun sehingga RM25,000. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dikompaun sehingga RM50,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjalankan pemeriksaan ke atas seramai 43 peniaga di bazar Ramadan di sini, hari ini.

Tambahnya, hasil pemeriksaan semua peniaga berkenaan didapati mematuhi arahan yang telah ditetapka dengan meletakkan tanda harga dengan jelas pada barangan jualan masing-masing.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN