KUCHING 30 Mei – Tiada sebarang kes keracunan makanan dikesan berpunca dari bazar Ramadan di negeri ini. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Jamilah Hashim berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan terhadap 1,905 premis makanan manakala enam pembekal ais diperiksa hingga Ahad lalu. “Sebanyak 128 kompaun bernilai RM100 hingga RM200 dikeluarkan terhadap premis makanan kebanyakan disebabkan pakaian seperti tidak menutup kepala dan memakai sarung tangan atau penyepit manakala pembekal ais (dua kompaun…










