Tanggalkan poster parti - Utusan Malaysia

Tanggalkan poster parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – Semua parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diminta menanggalkan semua bendera atau poster parti masing-masing sebelum 24 Mei ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, semua parti terlibat diberi tempoh selama 14 hari selepas pilihan raya untuk berbuat demikian.

“Setakat ini kebanyakan pos­ter, khemah dan ben­dera parti politik belum diturunkan sepenuhnya dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah meminta pihak terlibat menanggalkan bahan kempen itu dengan segera,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Lembah Klang mendapati, poster dan bendera parti politik masih kelihatan di mana-mana.

Bagaimanapun jumlahnya ber­kurangan berban­ding pada awal kempen kira-kira dua minggu lalu.

Sementara itu, Ke-tua Bahagian Korporat dan Komunikasi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, kerjasama daripada setiap parti terbabit supaya menurunkan bahan kempen pilihan raya di kawasan pentadbiran majlis amat diharapkan.

“Hasil pemantauan MBSA, usa­ha menurunkan bahan kempen telah dilaksanakan namun kami berharap ia dapat dipergiatkan,” katanya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Abd. Hamid Hussain berkata, jika parti politik tidak menanggalkan bahan kempen PRU-14, pihak majlis akan menurun­kannya dan wang depo-sit parti atau calon dikira hangus.

Pemasangan bahan kempen pilihan raya perlu diturunkan segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku kerana dikhuatiri mengganggu persekitaran jalan raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×