Suspek samun kedai emas ditumpaskan - Utusan Malaysia

Suspek samun kedai emas ditumpaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mei – Seorang penjenayah yang merupakan saki baki daripada kes samun sebuah kedai emas di Atria Shopping Mall, Damansara semalam berjaya ditumpaskan polis di Bukit Beruntung dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 1 pagi tersebut, sepasukan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengejar sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki suspek iaitu seorang lelaki berumur 22 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, ketika sampai di kawasan Tesco di Bukit Beruntung, kereta suspek telah terbabas dan melanggar sebatang pokok.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek kemudian keluar dari kenderaan dan terus melepaskan beberapa das tembakan ke arah Pasukan D9. Pasukan polis membalas tembakan dan suspek berjaya ditumpaskan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, dua penjenayah maut, manakala seorang lagi cedera ditembak anggota polis selepas suspek merompak sebuah kedai emas di Atria Shoping Galery Damansara Jaya.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, polis turut memberkas tiga lagi penjenayah warga tempatan yang juga terlibat dalam rompakan yang sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN