MARANG – Seorang suri rumah maut manakala anak perempuannya cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 48, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Pasir Puteh di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Nazifa Zulkefli, 33, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada beberapa anggota badan. Anak perempuan mangsa, Nurul Ulya Mohd. Omar, 2, yang cedera ringan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah,…










