Subramaniam salah guna RM2 juta - Utusan Malaysia

Subramaniam salah guna RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG – Seorang pe­ngarah syarikat yang me­nguruskan perkhidmatan kewangan bergelar Datuk Seri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menyalahgunakan wang lebih RM2 juta tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Seri S. Subramaniam, 59, bagaimanapun me­ngaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said.

Mengikut pertuduhan, Subramaniam didakwa dengan curang­nya menyalahgunakan wang ke­seluruhan berjumlah RM2,472,888 milik Fortune China Ltd yang dimasukkan secara berperingkat ke dalam akaun Multi-Currencies, RHB Bank miliknya untuk mendapatkan kelulusan Standby Letter of Credit (SBLC) yang tidak wujud.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di No. 53 & 55, Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara Selayang, Batu Caves, dekat sini antara 13 April dan 22 Ogos 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan maksimum lima tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN