PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Mohd. Shukri Abdull atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu. SPRM dalam kenyataannya hari ini berkata, seluruh warga SPRM mengalu-alukan perlantikan Mohd. Shukri bagi menerajui suruhanjaya itu. “SPRM berharap beliau dapat menyempurnakan amanah, tanggungjawab dan harapan rakyat bagi memastikan negara ini bebas daripada jenayah rasuah dan salah guna kuasa,” kata SPRM. Mohd. Shukri telah berkhidmat selama 32 tahun…










