PUTRAJAYA 9 Mei – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan melanjutkan tempoh pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas pukul 5 petang kerana tempoh itu telah diwartakan. Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, sekiranya pihaknya melanjutkan waktu pengundian, ia boleh menimbulkan bantahan daripada calon bertanding. “Kalau dibenarkan orang lain mengundi selepas pukul 5 petang, risau orang lain buat petisyen. “Selain itu, kita telah mewartakan tempoh pengundian dari pukul 8…