KUCHING 12 Mei – Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijadual mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan hala tuju Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Rabu depan. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak yang juga Presiden PBB itu akan mengadakan mesyuarat berkenaan di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako di sini. Difahamkan, hasil mesyuarat itu bakal menjawab spekulasi yang bertiup kencang sejak petang semalam, iaitu sama ada PBB akan menerima tawaran…










