SPAD, MPN, JKKKP, Jasa bubar - Utusan Malaysia

SPAD, MPN, JKKKP, Jasa bubar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kabinet semalam membuat keputusan untuk membubarkan atau menstruktur semula beberapa agensi dan institusi berkaitan kerajaan yang diwujudkan demi tujuan politik semata-mata.

Antara yang akan dibubarkan ialah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

“Kebanyakan institusi ini bukan sebahagian daripada kerajaan yang sepatutnya memberi nasihat kepada kerajaan. Kita tidak memerlukan kepintaran mereka, saya fikir kita pun ada kepintaran,” kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan me­syuarat Kabinet pertama di Perdana Putra semalam.

Menurut beliau, keputusan memansuhkan agensi dan ins­titusi terbabit dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet tersebut yang memberi tum­puan kepada hutang negara yang mencecah RM1 trilion, dengan mengurangkan perbelanjaan dalam bajet kerajaan terdahulu.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN