SAUDARA PENGARANG, SAYA sebagai seorang suami yang sangat sayangkan isteri menyokong penuh rancangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah sebagai satu cara melindungi nasib mereka sekiranya perkara tidak diingini berlaku. Kadar dua peratus potongan daripada gaji suami juga rasanya agak rendah tetapi mungkin itu cuma permulaan. Saya cadangkan kadar minimum lima peratus daripada gaji suami berdasarkan fahaman ‘duit suami hak isteri, duit isteri hak isteri’. Pengorbanan besar…










