BANGKOK – Skuad badminton negara gagal meloloskan diri ke peringkat suku akhir Piala Uber selepas tewas mudah 1-4 kepada juara bertahan China di Impact Arena di sini hari ini. Ia merupakan kekalahan kedua pasukan wanita negara selepas kecundang 2-3 di tangan Indonesia semalam, selepas mengharungi dua perlawanan. Pada aksi hari ini, China mengutip mata pertama menerusi pemain perseorangan, Chen Yufei yang terpaksa berhempas pulas dalam permainan tiga set, sebelum menundukkan…










