Siti Nurhaliza sedia jadi penasihat, tolak jawatan - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza sedia jadi penasihat, tolak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39, sedia menjadi penasihat atau berkongsi idea mewakili warga seni demi membangunkan industri kreatif andai kerajaan baharu pimpinan Tun Mahathir memerlukan khidmatnya.

Bagaimanapun, penyanyi yang baru sahaja melancarkan lagu zikir berjudul Cinta Syurga, duet dengan Khai Bahar itu enggan dilantik secara tetap mengisi sebarang jawatan tertentu yang memerlukan komitmen.

“Saya sedia membantu memberikan nasihat kepada kepimpinan baharu untuk perubahan positif dunia seni tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi, saya tidak mahu terikat dengan komitmen berjawatan kerana tidak sesuai,” ujarnya ringkas.

Siti berkata demikian ketika hadir pada majlis pelancaran Skuad Selebriti Shopee yang diadakan di ibu negara semalam.

Isteri ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu berharap, kebajikan dan keperluan golongan seni harus diberi perhatian sewajarnya pada masa akan datang.

“Jika perlu, wujudkan sebuah badan yang tidak mempunyai kepentingan politik bagi menyelaras serta menyelenggara hal-hal berkaitan seni.

“Ataupun, persatuan seni sedia ada dinaik taraf fungsi agar lebih efektif dan produktif,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×