Singapura akan bekerjasama rapat dengan kerajaan baharu Malaysia - Utusan Malaysia

Singapura akan bekerjasama rapat dengan kerajaan baharu Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Singapura akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan baharu Malaysia untuk memajukan hubungan antara kedua-dua negara, kata Menteri Perdagangan dan Industri, Chan Chun Sing seperti dilaporkan The Business Times (BT).

Sebagai respons kepada soalan mengenai kesan keputusan pilihan raya bersejarah Malaysia terhadap hubungan dua hala, Chun Sing berkata, ia masih “hari-hari awal” untuk menilai apa hasilnya bagi projek utama seperti Keretapi Laju dan menambah bahawa Singapura berharap untuk pembentukan sebuah kerajaan Malaysia yang baharu.

Kerajaan Singapura “mengikuti rapat ” perkembangan di Malaysia. 

“Politik Malaysia adalah untuk rakyat Malaysia membuat keputusan.

“Kami mempunyai hubungan yang lama dan meluas dengan rakyat Malaysia dan kami menjangka kerajaan hari ini akan terus meningkatkan hubungan ini demi kepentingan bersama kedua-dua negara.” kata Chun Sing.

Chun Sing berkata demikian ketika lawatan ke premis kilang syarikat makanan SMC Food 21 di Jurong.

Kemenangan besar Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum Ke-14 semalam telah mengakhiri pemerintahan selama enam dekad Barisan Nasional di Malaysia.

Tun Mahathir dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-7 pada 9.30 malam ini. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×