Siasatan 1MDB: Najib disiasat tujuh jam, selesai beri keterangan - Utusan Malaysia

Siasatan 1MDB: Najib disiasat tujuh jam, selesai beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 24 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak disiasat hampir tujuh jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan SRC International Sdn. Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu mula memberikan keterangan untuk siasatan kali kedua itu bermula pukul 10 pagi sehingga 4.30 petang.

Najib ketika ditemui berkata, sesi penerangan yang dilakukan oleh SPRM berhubung kes itu telah selesai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya telah pun memberi penerangan pada hari kedua pada SPRM bermula pukul 10 pagi hingga 4.30 petang dan diberikan masa berehat selama 30 minit untuk solat Zohor.

“Saya sudah menjawab semua soalan dengan sebaik-baiknya, SPRM juga sudah melakukan kerjanya dengan profesional dan baik. Mereka kata sesi penerangan sudah pun selesai,” katanya kepada pemberita, di sini.

Kelmarin, Najib hadir untuk kali pertama di SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini