Shahrizat tidak pertahan ketua Wanita cawangan, bahagian - Utusan Malaysia

Shahrizat tidak pertahan ketua Wanita cawangan, bahagian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei – Demi pembaharuan dalam parti, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil tidak berhasrat menawarkan diri untuk bertanding peringkat cawangan dan bahagian pada pemilihan parti kali ini.

Shahrizat tidak pertahan ketua Wanita cawangan, bahagian
Shahrizat Abdul Jalil 

Perkara itu diumumkan Shahrizat menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook beliau.

Bagaimanapun Shahrizat berkata, sebagai ahli Wanita UMNO Bahagian Kepong, beliau akan terus bersama membantu sayap itu pada waktu dan keadaan yang memerlukan keupayaannya.

“Saya telah mengumumkan dalam ucapan perasmian saya bahawa saya tidak menawarkan diri sebagai Ketua Wanita UMNO Cawangan Sri Helang dalam pemilihan kali ini.

“Saya juga telah maklumkan kepada semua ahli Wanita UMNO Bahagian Kepong, saya tidak akan menawarkan diri sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong dalam pemilihan Wanita UMNO Bahagian pada kali ini,” katanya.

Shahrizat pada masa sama berharap keputusan itu menjadi titik perubahan kepada pembaharuan UMNO.

“Semoga langkah di peringkat cawangan ini menjadi titik perubahan dan pembaharuan yang diperlukan dalam UMNO dengan lantikan pemimpin-pemimpin baharu yang hadir membawa idea segar serta perspektif baharu,” ujar beliau.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN