LONDON 18 Mei – Sergei Skripal, seorang bekas perisik Rusia yang diracun dengan agen saraf di Britain lebih dua bulan lalu, telah dikeluarkan dari hospital, kata Perkhidmatan Kesihatan England hari ini. Sergei Skripal, 66, seorang bekas kolonel dalam perisikan tentera Rusia yang telah mengkhianati puluhan ejen di Britain, serta anaknya Yulia ditemukan dalam keadaan kritikal di kerusi awam di Salisbury, England pada 4 Mac lalu. Britain menuduh Rusia sebagai dalang…










