KUALA LUMPUR 22 Mei – Bukanlah sesuatu perkara yang baharu mahupun luar biasa apabila Menteri Tenaga Manusia, M. Kulasegaran memakai serban dalam majlis angkat sumpah Menteri Kabinet yang diadakan di Istana Negara, semalam. Malah, serban yang juga dikenali sebagai ‘Thallapa’ itu merupakan sebahagian daripada budaya Tamil yang dipraktikkan sejak zaman dahulu lagi. Kulasegaran ketika dihubungi berkata, beliau melihat penggunaan serban itu sebagai identiti dan perkara suci baginya sebagai kaum India. Kata beliau, tindakannya tidak sama sekali memperlekehkan mana-mana kaum di negara ini. “Ia adalah pakaian tradisional India. Saya hanya mengikut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya