Serangan bom: Ketua JAD ditahan - Utusan Malaysia

Serangan bom: Ketua JAD ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 17 Mei – Polis Indonesia menahan seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan pro-Daesh, Jamaah Ansharud Daulad (JAD) yang berpangkalan di Jawa Timur susulan beberapa siri pengeboman awal minggu ini di Surabaya.

Lapor Jakarta Post, lelaki tersebut dikenali sebagai Syamsul Arif atau Abu Umar berusia 37 tahun.

Penahanan itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Jeneral Tito Karnavian ketika rancangan bual bicara secara langsung pada Selasa lalu.

“Kami bukan sahaja menahan ketua JAD cawangan Surabaya, malah ketua cawangan Jawa Timur di Malang,” kata Tito seper­ti dipetik oleh tribunnews.com.

Menurut jurucakap Polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera se­perti dipetik oleh agensi berita Antara, Abu Umar antara 18 orang yang ditahan oleh skuad antikeganasan, Densus 88 pada Isnin dan Selasa lalu.

Tambah polis, Abu Umar dita­han bersama-sama isterinya, Wah­yu Mega Wijayanti di sebuah rumah sewa di Malang pada awal pagi Selasa.

Namun, pakar antikeganasan dan radikal, Rakyan Adibrata mempersoalkan kepentingan penahanan Abu Umar.

Ini kerana JAD boleh menye­rang secara individu tanpa mene­rima arahan daripada pemimpin kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, penahanan Abu Umar akan memberi manfaat kepada usaha antikeganasan Indonesia.

“Penahanan itu akan membantu polis membongkar rangkaian JAD di Jawa Timur dan menyekat rancangan untuk serangan keganasan individu,” kata Rakyan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×