Seorang lagi suspek kejadian samun di Damansara Jaya ditembak - Utusan Malaysia

Seorang lagi suspek kejadian samun di Damansara Jaya ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pihak polis menembak mati seorang lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian samun kedai emas di pusat membeli-belah Atria Mall di sini petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek yang berusia 22 tahun itu maut setelah berbalas tembakan dengan pihak polis di kawasan Bukit Beruntung pada pukul 1 pagi tadi.

“Sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor telah berjaya menjejaki dan mengejar suspek yang memandu sebuah kereta jenis Honda Civic sebelum kenderaan tersebut terbabas setelah melanggar sebatang pokok.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek kemudiannya keluar daripada kereta lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Menurut Fadzil, pihak polis terpaksa berbalas tembakan dengan suspek untuk mempertahankan diri sebelum suspek akhirnya tumpas.

“Pemeriksaan awal ke atas mayat suspek telah menjumpai sepucuk pistol jenis revolver serta beberapa bentuk barang kemas yang masih berlabel Poh Kong.

“Suspek yang berasal dari Bukit Beruntung itu turut mempunyai dua rekod jenayah lampau seperti samun bersenjata dan mendatangkan kecederaan dengan sengaja,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN