Senarai Exco akan diumumkan minggu ini – MB Perak - Utusan Malaysia

Senarai Exco akan diumumkan minggu ini – MB Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak akan dimuktamadkan pada minggu ini selepas perbincangan dengan semua parti dalam Pakatan Harapan (PH) diadakan. 

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, jawatan semua Exco tersebut akan dibuat berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu Rabu lalu. 

“Saya akan berbincang dengan semua parti terlebih dahulu secepat mungkin dalam minggu ini dan jawatan tersebut boleh dijangkakan berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti tersebut.

“Jumlah jawatankuasanya tidak banyak bezanya iaitu 10 sama seperti sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini. 

Tambahnya, selepas perbincangan dengan semua parti komponen selesai, beliau akan mempersembahkannya kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk diperkenankan. 

Katanya, kerajaan negeri juga tidak berhasrat untuk memansuhkan program yang memberi manfaat kepada rakyat yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini seperti bantuan untuk rakyat kurang berkemampuan menerusi Yayasan Bina Upaya (YBU).  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×