Tugas guru adalah pelita menyuluh ilmu kepada anak bangsa
membina tingkah insan
yang berguna tanpa penat dan bosan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Tugas guru adalah angin
melembutkan sukma
memurnikan jiwa tercalar dari sampah-sarap alam maya.
Tugas guru adalah ombak
merubah lanskap pantai hidup
mengikut kehendak dan musim
menjadi pemangkin
ikatan sains,teknologi dan budaya
mesra terjalin!.
ISMAIL HASHIM
Sikamat, Negeri Sembilan











