KUALA LUMPUR 12 Mei –Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau dan pasukannya dalam Barisan Nasional (BN) menghormati kehendak rakyat, sekali gus memberikan jaminan bahawa peralihan kuasa akan berjalan lancar. Pengerusi BN itu berkata, beliau sentiasa meletakkan kepentingan negara serta rakyat sebagai keutamaan dan berhasrat untuk terus berkhidmat kepada masyarakat negara ini dalam apa jua kapasiti yang diperoleh. Beliau pada masa sama memohon maaf atas sebarang kekurangan dan kesilapan serta…










