SERDANG – Bertanding semula sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang, Datuk Mohamad Satim Diman yakin Barisan Nasional (BN) boleh menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mohamad Satim ketika ditemui berkata, calon bukan penduduk setempat daripada PKR dengan Pas merupakan kelebihan bagi beliau untuk menang setelah di calon semula dalam PRU14.
“Kelebihannya saya calon di tempat saya sendiri mengundi. Calon penentang pula orang luar yang tidak mengundi di sini.
“Penduduk kenal saya dah lama, mereka tahu sumbangan saya kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini tadi.
Kawasan DUN Seri Serdang di bawah Parlimen Puchong menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN menentang PKR dan calon Pas.
Terdahulu beliau tiba di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdang (SMKSS) kira-kira pukul 1 petang dan selesai membuang undi kira-kira pukul 2.15 petang. – K! ONLINE










