LIVERPOOL – Pemain tonggak Liverpool, Mohamed Salah menafikan khabar angin yang mendakwa dia terpaksa direhatkan selama tiga bulan kerana mengalami kecederaan serius di bahu semasa aksi final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid kelmarin. Jelas pemain antarabangsa Mesir itu, dia yakin peluang untuk ke kancah Piala Dunia 2018 masih terbuka walaupun Pengerusi Badan Sukan Arab Saudi, Turki Al-Sheikh berpendapat Mesir akan terbang ke Rusia tanpa Salah. “Ia adalah malam yang sukar…










