SEOUL 27 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan rancangan dan persiapan bagi persidangan antara beliau dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un ‘berjalan dengan baik’. Pada masa yang sama, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in berkata, Jong-un memberitahu bahawa rundingan berkenaan akan menjadi peluang bersejarah untuk menamatkan konfrontasi berpuluh-puluh tahun itu. Pengisytiharan perdamaian antara kedua-dua pemimpin tersebut akhirnya berjaya menamatkan gelora diplomatik di Semenanjung Korea yang telah meningkatkan ketegangan…











