Rumah Najib terus jadi tumpuan - Utusan Malaysia

Rumah Najib terus jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mei- Kediaman Datuk Seri Najib di Jalan Langgak Duta di sini hari ini terus menjadi tumpuan apabila dikunjungi ahli-ahli UMNO di peringkat negeri.

Beberapa individu penting seperti Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katill, Tan Sri Mohd. Ali Rustam.

Mas Ermieyati yang juga merupakan Ahli Parlimen Masjid Tanah itu hadir bersama enam lagi ahli UMNO lain pada pukul 12.30 tengah hari manakala Ali Rustam tiba di kediaman Najib kira-kira 20 minit kemudian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, 13 Exco UMNO Pahang turut kelihatan dan tiba pada pukul 11.50 pagi.

Kehadiran mereka bagi memberi sokongan moral kepada bekas Perdana Menteri yang kini disiasat polis berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sementara itu, lebih 50 pengamal media yang masih berkumpul di jalan masuk kediaman Najib yang dikawal ketat oleh pihak polis.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN