Rugi RM150,000 ditipu sindiket nombor ramalan tidak wujud - Utusan Malaysia

Rugi RM150,000 ditipu sindiket nombor ramalan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 19 Mei – Seorang pekebun kerugian RM150,000 selepas ditipu sindiket tiket nombor ramalan tidak wujud di Ringlets, Cameron Highlands dekat sini.

Rugi RM150,000 ditipu sindiket nombor ramalan tidak wujud
Mohd. Wazir Mohd. Yusof

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 7 April lalu, Beh Hung Hooi, 79, bertemu dengan seorang lelaki yang mendakwa sebagai penjaga masjid.

“Lelaki berkenaan memberitahu mangsa mempunyai nasib dan mungkin akan memenangi nombor ramalan. Pengadu percaya dan memberikan kepadanya RM20 untuk membeli nombor ekor 6D dan nombor tersebut kemudian dikatakan menang sebanyak RM2 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Resit nombor ramalan ada pada lelaki tersebut. Pengadu menghubungi lelaki itu dan diminta memberikan RM150,000 jika mahu mengambil wang RM2 juta berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, mangsa memberikan RM130,000 secara serahan tangan kepada suspek di Gelanggang Ringlet dan Ladang Boh di Cameron Highlands.

Selain itu, katanya, pengadu memasukkan wang tunai ke dalam akaun Hong Leong Bank atas nama Nooridah Mohd. sebanyak RM20,000.

“Bagaimanapun, pengadu kemudian menyedari dia ditipu dan membuat laporan polis semalam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN