Royalti: Pas Terengganu usah gusar - Utusan Malaysia

Royalti: Pas Terengganu usah gusar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU, 19 Mei – Kerajaan Pas Terengganu diminta fokus kepada tanggungjawab tanpa terus memainkan isu royalti minyak kerana kerajaan Pusat tidak akan

mengabaikan kebajikan rakyat negeri ini.

Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail percaya, meskipun tidak sealiran dengan kerajaan Pusat, akan ada kaedah yang boleh membantu rakyat melalui sumber iti dengan bantuan secara ‘nilai setara’ terus kepada rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara ini sebenarnya melibatkan masalah pentadbiran, mesti ada satu kaedah untuk mengambil alih atau mempastikan rakyat Terengganu mendapat apa yang dijanjikan melalui manifesto Pakatan Harapan.

“Saya ingin menegaskan kepada Pas agar isu royalti minyak tidak harus menjadi perdebatan atau perbincangan utama, sebaliknya isu tersebut perlu diserahkan kerajaan Persekutuan”, ujarnya kepada pemberita di sini jari ini.

Beliau menarik perhatian, isu royalti minyak Terengganu sebenarnya sudah tertutup sejak di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, Menteri Besar Terengganu ketika itu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman telah menarik balik dan menggugurkan tuntutan royalti.

Oleh itu Azan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu meminta kerajaan Pas tidak mengaburi mata rakyat dengan isu royalti sahaja.

“Saya berharap rakyat tidak terkeliru dengan isu ini sebab royalti minyak tidak berlaku secara automatik, secara terus kerana kita kini telah melalui dua perbezaan.

“Dulu semasa pemerintahan BN, mereka sendiri telah menarik balik dan menggugurkan secara sukarela tuntutan tersebut di mahkamah.

“Sekarang, apa yang berlaku ialah kerajaan Pas telah memerintah negeri ini sedangkan kerajaan pusat pula di bawah Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Menurut Azan, walau bagaimanapun kerajaan Persekutuan tidak akan menganiaya rakyat negeri ini, sebaliknya sedang memikirkan kaedah terbaik untuk membantu sebagaimana janji-janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU- 14). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN