KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS$) pagi ini berikutan sentimen pasaran berhati-hati di samping Bank Negara Malaysia dijadual mengumumkan prestasi ekonomi suku pertama 2018 hari ini, kata peniaga. Setakat pukul 9 pagi, unit tempatan disebut pada 3.9650/9710 berbanding AS$ daripada 3.9650/9700 yang dicatatkan pada Rabu. Peniaga berkata, sebilangan pelabur kekal tidak memasuki pasaran bagi menunggu pengumuman bank pusat manakala sentimen pasaran bagi peringkat tempatan…










