Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah pagi ini berbanding dolar AS (Amerika Syarikat) berikutan kurangnya momentum belian ke atas nota tempatan, sebaliknya minat beralih kepada dolar susulan pulangan Perbendaharaan US yang lebih tinggi, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan disebut harga pada 3.9710/9750 berbanding 3.9670/9710 yang direkodkan pada penutupan semalam.

Peniaga itu berkata dolar AS dan pulangan Perbendaharaan US yang mendadak terus menjejaskan nota tempatan.

“Namun harga minyak yang lebih tinggi menjadikan ringgit kurang terdedah kepada kejutan luar, namun sukar untuk menentukan arah tuju semasa apabila pulangan AS semakin tinggi,” katanya.

Sementara itu, Bank Negara Malaysia semalam mengumumkan ekonomi Malaysia meningkat 5.4 peratus pada suku pertama 2018 berbanding 5.6 peratus yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Bank pusat juga berkata ringgit menyusut 6.2 peratus berbanding dolar AS pada suku pertama 2018.

“Ringgit kekal berdaya tahan pasca PRU-14,” kata Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×