KUCHING – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun antara lima individu yang dicekup selepas disyaki terlibat dalam perjudian dalam talian menerusi serbuan berasingan di dua daerah di negeri ini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner, Dennis Leong Soon Kuai berkata, empat suspek lain termasuk seorang warga asing yang diberkas berusia hingga 40 tahun. Menurutnya, kesemua mereka yang ditahan itu merupakan operator atau ejen yang menjual kad tambah…










