KERJASAMA. Seramai 30 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bersama kira-kira 20 orang penduduk menjayakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan jalan di Kampung Kuak Tengah, Pengkalan Hulu, Perak baru-baru ini. Pemangku Pegawai Rela Pengkalan Hulu, Mohd. Farizan Md. Radzi berkata, Rela bersedia membantu penduduk setempat untuk menyertai aktiviti gotong-royong sekiranya mendapat permohonan daripada pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung. “Aktiviti ini dapat mengeratkan persaudaraan serta rasa kesatuan dalam kalangan masyarakat sekali gus…










