SYUKUR kepada Allah SWT kerana sekali lagi kita berpeluang menyambut fajar 1 Ramadan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kedatangan satu Ramadan disambut dengan penuh ketenangan walaupun negara kita baru sahaja melalui pesta demokrasi berikutan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang diadakan pada minggu lalu.
Penulis tidak berhasrat mengulas mengenai pilihan raya tersebut kerana rakyat sudah membuat keputusan. Kita perlu menghormati proses demokrasi yang berlaku. Tidak perlu berhujah panjang, berdebat atau mencetuskan polemik kerana semuanya sudah berakhir.
Cukup-cukuplah kita berpolitik. Biarkanlah kerajaan sedia ada menjalankan tugasnya manakala pihak yang tewas pula membuat kajian untuk bangkit semula.
Sebagai hamba Allah, adalah lebih baik pada bulan suci ini kita mengambil kesempatan untuk bermuhasabah menilai diri bukan sahaja bagi mencapai kebahagiaan di dunia tetapi juga akhirat.
Inilah kesempatan terbaik kepada kita untuk memohon keampunan kepada Allah SWT terhadap dosa-dosa yang kita lakukan. Tidak kira siapapun kita, sudah pasti kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan.
Tidak payahlah terus mahu berpolitik di laman-laman sosial dengan menyindir atau mengumpat antara satu sama lain. Tidak ada faedah pun sebaliknya hanya menghilangkan pahala puasa sahaja.
Allah SWT berikan kesempatan kepada kita untuk menyambut Ramadan sekali lagi bagi membolehkan kita mempertingkatkan ketakwaan kepada-Nya. Memang benar kemenangan untuk dirai tetapi bukan dengan cara mengejek pihak yang kalah apatah lagi sesama Islam.
Bagi pihak yang kalah pula, inilah masanya untuk bermuhasabah dan memohon petunjuk Allah SWT supaya diberikan kekuatan serta hidayah bagi membolehkan mereka bangkit daripada kekalahan dengan niat berbakti demi bangsa, agama dan negara.
Kita tidak pasti berapa lama, Allah SWT akan mengizinkan kita bernafas di alam fana ini. Justeru selagi ada kesempatan buatlah amal ibadah sebanyak mungkin. Jangan cicirkan pahala kita dengan menulis yang bukan-bukan di laman sosial.
Begitu juga janganlah melakukan tindakan yang bermatlamat untuk mencapai cita-cita peribadi kita tanpa mengambil kira dosa dan pahala. Percayalah apapun yang kita lakukan iringilah ia dengan hati yang bersih dan jiwa yang suci.
Janganlah dipengaruhi perasaan benci atau permusuhan kerana pasti tidak akan mendapat keredaan Allah SWT. Kita tidak tahu mungkin ini Ramadan terakhir kita. Oleh itu rebutlah peluang yang diberikan oleh Allah SWT.
Sebab itulah melakukan muhasabah adalah tindakan bijak untuk kita memperbaiki segala kelemahan dan menjadi hamba Allah yang lebih baik. Lihatlah hikmah di sebalik kehadiran Ramadan yang tiba sebaik sahaja kita selesai mengadakan PRU-14.
Ini bukanlah satu kebetulan tetapi sememangnya satu perancangan Allah SWT bagi membolehkan kita menjadikan bulan suci itu sebagai platform untuk bermuhasabah, kembali bersatu dan meningkatkan ketakwaan kepada-Nya.
Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada pada bulan Ramadan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadan”.
Tidak salah untuk memikirkan soal dunia tetapi jangan sampai kita melakukan dosa dan paling buruk membiarkan sahaja Ramadan berlalu tanpa berusaha merebut ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu, dan dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan! Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan kejahatan! Berhentilah, dan (yang ikhlas) kerana Allah SWT dibebaskan daripada api neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadan.” (Riwayat al-Tirmizi dan Ibdu Majah).
Syukur kepada Allah SWT kerana sekali lagi kita berpeluang menyambut fajar 1 Ramadan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kedatangan satu Ramadan disambut dengan penuh ketenangan walaupun negara kita baru sahaja melalui pesta demokrasi berikutan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang diadakan pada minggu lalu.
Penulis tidak berhasrat mengulas mengenai pilihan raya tersebut kerana rakyat sudah membuat keputusan. Kita perlu menghormati proses demokrasi yang berlaku. Tidak perlu berhujah panjang, berdebat atau mencetuskan polemik kerana semuanya sudah berakhir.
Cukup-cukuplah kita berpolitik. Biarkanlah kerajaan sedia ada menjalankan tugasnya manakala pihak yang tewas pula membuat kajian untuk bangkit semula.
Sebagai hamba Allah, adalah lebih baik pada bulan suci ini kita mengambil kesempatan untuk bermuhasabah menilai diri bukan sahaja bagi mencapai kebahagiaan di dunia tetapi juga akhirat.
Inilah kesempatan terbaik kepada kita untuk memohon keampunan kepada Allah SWT terhadap dosa-dosa yang kita lakukan. Tidak kira siapapun kita, sudah pasti kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan.
Tidak payahlah terus mahu berpolitik di laman-laman sosial dengan menyindir atau mengumpat antara satu sama lain. Tidak ada faedah pun sebaliknya hanya menghilangkan pahala puasa sahaja.
Allah SWT berikan kesempatan kepada kita untuk menyambut Ramadan sekali lagi bagi membolehkan kita mempertingkatkan ketakwaan kepada-Nya. Memang benar kemenangan untuk dirai tetapi bukan dengan cara mengejek pihak yang kalah apatah lagi sesama Islam.
Bagi pihak yang kalah pula, inilah masanya untuk bermuhabasah dan memohon petunjuk Allah SWT supaya diberikan kekuatan serta hidayah bagi membolehkan mereka bangkit daripada kekalahan dengan niat berbakti demi bangsa, agama dan negara.
Kita tidak pasti berapa lama, Allah SWT akan mengizinkan kita bernafas di alam fana ini. Justeru selagi ada kesempatan buatlah amal ibadah sebanyak mungkin. Jangan cicirkan pahala kita dengan menulis yang bukan-bukan di laman sosial.
Begitu juga janganlah melakukan tindakan yang bermatlamat untuk mencapai cita-cita peribadi kita tanpa mengambil kira dosa dan pahala. Percayalah apapun yang kita lakukan iringilah ia dengan hati yang bersih dan jiwa yang suci.
Janganlah dipengaruhi perasaan benci atau permusuhan kerana ia pasti tidak akan mendapat keredaan Allah SWT. Kita tidak tahu mungkin ini Ramadan terakhir kita. Oleh itu rebutlah peluang yang diberikan oleh Allah SWT.
Sebab itulah melakukan muhasabah adalah tindakan bijak untuk kita memperbaiki segala kelemahan dan menjadi hamba Allah yang lebih baik. Lihatlah hikmah di sebalik kehadiran Ramadan yang tiba sebaik sahaja kita selesai mengadakan PRU-14.
Ia bukanlah satu kebetulan tetapi sememangnya satu perancangan Allah SWT bagi membolehkan kita menjadikan bulan suci ini sebagai platform untuk bermuhasabah, kembali bersatu dan meningkatkan ketakwaan kepada-Nya.
Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada pada bulan Ramadan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadan”.
Tidak salah untuk memikirkan soal dunia tetapi jangan sampai kita melakukan dosa dan paling buruk membiarkan sahaja Ramadan berlalu tanpa brusaha merebut ganjaran yang disedikan oleh Allah SWT.