Reaksi pasaran kewangan lebih baik daripada jangkaan awal - Abdul Wahid - Utusan Malaysia

Reaksi pasaran kewangan lebih baik daripada jangkaan awal – Abdul Wahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Reaksi pasaran kewangan secara keseluruhan lebih baik daripada jangkaan awal, kata Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Beliau berkata, antara sebab utamanya adalah peralihan kuasa kepada kerajaan Pakatan Harapan terlaksana secara lancar dan aman, asas ekonomi negara yang kukuh serta keyakinan rakyat dan pelabur terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pasukannya.

Katanya, ini termasuklah penubuhan Majlis Penasihat Kerajaan yang dianggotai oleh tokoh ternama iaitu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican; tokoh perniagaan, Tan Sri Robert Kuok dan ahli ekonomi, Profesor Jomo Kwame Sundaram.

“Semalam merupakan hari pertama pasaran kewangan dibuka selepas ditutup selama tiga hari berikutan Pilihan Raya  Umum Ke-14.

“Ramai pelabur yang gusar mengharungi hari pertama pasaran. Namun, Alhamdulillah ia tidak seteruk yang dijangka,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×