Hari ini majoriti pengguna telefon bimbit telah beralih kepada telefon pintar sebagai medium komunikasi dan perhubungan.
Tidak seperti telefon bimbit biasa yang mempunyai fungsi terhad, hari ini telefon pintar mampu melakukan pelbagai tugasan menyamai sebuah komputer termasuklah ketika berswafoto.
Dengan pelbagai aplikasi yang ada hari ini, gambar swafoto yang dirakam pastinya sempurna dengan gambar yang lebih jelas, cerah dan menghasilkan rona warna kulit yang lebih seimbang walaupun dalam apa juga keadaan.
Menyedari keperluan itu terutamanya dalam kalangan wanita, kosmetik Revlon telah memperkenalkan rangkaian alat solek PhotoReady yang terdiri daripada refresh mist, color correcting pens, dan bedak asas insta-filter yang mampu menampilkan solekan ringkas untuk hasil gambar yang sempurna.
Rangkaian kosmetik ini boleh menambah definisi dan kontras kepada raut wajah yang lebih menawan melalui langkah-langkah mudah.
Bagi bedak asas insta-filter, ia dihasilkan dengan pengadun dalaman dengan teknologi penapisan berdefinisi tinggi yang boleh memerangkap cahaya dan mengubahnya untuk menghasilkan kesan fokus yang lebih lembut.
Untuk color correcting pens pula ia diformulasikan untuk membantu zon masalah dan menjadikannya kulit sempurna dan sedia untuk hasil gambar yang sempurna.
Akhir sekali refresh mist di mana ia diformulasikan lengkap sebagai semburan penyediaan, penetap, dan penyegar wajah. – UTUSAN ONLINE











