KUALA SELANGOR 30 Mei – Rakyat dijemput menyertai Pemantau Malaysia Baharu (PMB), sebuah badan yang diwujudkan khas bagi memantau perjalanan pentadbiran Pakatan Harapan khususnya dalam memastikan setiap janji-janji mereka ditunaikan. Bagi maksud tersebut, Presidennya, Datuk Lokman Noor Adam yang juga ahli Biro Penerangan UMNO, akan menghimpunkan rakyat di setiap negeri bagi memantau perjalanan pentadbiran negara. “Seperti janji mereka mereka nak hapuskan tol. Nak selesaikan isu tol ini kerajaan terpaksa membayar…










