KUALA LUMPUR 12 Mei – Qari dan qariah dari Malaysia, Abdullah Fahmi Che Nor, 34, dan Suhailah Zulkifly, 29, masing-masing dinobatkan sebagai johan bagi kategori Tilawah al-Quran dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-60 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini. Kedua-dua pemenang tersebut berjaya membawa pulang hadiah kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan berserta wang tunai RM40,000. Abdullah Fahmi yang berasal dari Kelantan…










