KUALA LUMPUR 30 MEI – Projek mengecat semula perumahan awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara bernilai RM180 juta dibatalkan Perkara ini diputuskan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz semasa mesyuarat bersama ahli parlimen wilayah persekutuan hari ini. Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai berkata, seramai 10 kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tanpa sebarang tender…











