Program Sentuhan Kasih Masjid Bukit Besar - Utusan Malaysia

Program Sentuhan Kasih Masjid Bukit Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 17 Mei – Bagi terus mendekatkan ins­titusi masjid dengan masyarakat setempat sejajar dengan usaha mempelbagaikan fungsinya sebagaimana silam, Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar di sini menggerakkan program Sentuhan Kasih sepanjang Ramadan.

AHLI jawatankuasa Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar, Kuala Terengganu menyampaikan sumbangan kepada penduduk sekitar dalam program Sentuhan Kasih Ramadan, semalam. UTUSAN/TENGKU FAUZIAH NGAH

Melalui salah satu bentuk pendekatan pengimarahan, jawa­tan­kuasa masjid akan meninjau kehidupan masyarakat setempat yang kurang bernasib baik di sam­ping menghulurkan sumbangan serta merujuk kes-kes kepada jabatan dan agensi mereka jika layak mendapat bantuan sete­rusnya.

Pengerusi jawatankuasa masjid berkenaan, Tuan Ahmad Tuan Besar memberitahu, buat permulaan, sebanyak RM5,000 hasil sumba­ngan para jemaah diperuntukkan bagi membantu kalangan kurang kemampuan termasuk warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya dengan menghulurkan barangan keperluan harian kepada 50 orang penerima.

“Pogram yang bermula semalam akan dilakukan berte­rusan yang antara lain bagi mencerminkan keprihatinan masjid terhadap anggota masyarakat sebagai sebuah institusi paling hampir dengan kehidupan,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, langkah ini juga dapat menggalakkan lagi amalan menderma sebagai budaya kalangan jemaah bukan sahaja untuk memakmurkan masjid tetapi juga membantu kalangan yang susah.

“Di samping itu hubungan an­tara jawatankuasa masjid dan masyarakat di sekitar dapat diperkukuhkan dengan membantu setakat yang termampu untuk meringankan beban kehidupan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×